Marie Kondo
Marie Kondo

Marie Kondo

Marie Kondo (近藤 麻理恵, Kondō Marie, e diucapkan seperti é, lahir 9 Oktober 1984[1]), juga dikenali sebagai Konmari[2] (こんまり), ialah seorang perunding tata rias, penulis dan pengacara TV Jepun.[3]Kondo telah menulis empat buku mengenai tata rias, yang secara kolektif terjual jutaan salinan di seluruh dunia. Buku-bukunya diterjemahkan dari bahasa Jepun ke dalam beberapa bahasa termasuk Korea, Cina, Sepanyol, Indonesia,[4] Itali, Perancis, Jerman, Sweden, Portugis, Catalunya dan Inggeris.[3] Buku The Life-Changing Magic of Tidying Up (2011) karangannya diterbitkan di lebih dari 30 negara.[5] Ia menjadi buku terlaris di Jepun dan Eropah, dan diterbitkan di Amerika Syarikat pada 2014.[3]Di Amerika Syarikat dan United Kingdom, profil Kondo dan kaedahnya banyak didorong oleh kejayaan siri Netflix Tidying Up with Marie Kondo, yang dikeluarkan pada 2019 dimana Kondo dicalonkan untuk Primetime Emmy Award for Outstanding Host for a Reality or Competition Program.[6][7]Beliau terpilih sebagai salah soerang dari "100 tokoh paling berpengaruh" oleh majalah Time pada 2015.[8]Kondo membuka sebuah kedai dalam talian bernama KonMari pada 18 November 2019.[9]

Marie Kondo

Pekerjaan
Pasangan Takumi Kawahara (k. 2012)
Anak 2
Tahun aktif 1997–kini
Terkenal kerana Buku-buku tatarias dan kaedah KonMari
Warganegara Jepun
Karya terkenal The Life-Changing Magic of Tidying Up
Laman web konmari.com
Kelahiran (1984-10-09) 9 Oktober 1984 (umur 35)
Tokyo
Pusat pendidikan Universiti Kristian Puteri Tokyo
Kediaman Los Angeles, California, A.S.

Berkaitan